Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Perkara Utama Untuk Belajar Dan Mahir Teknik Sulaman Manik Crumble

May 1, 2012 | By | No Comments

Sulaman manik crumble merupakan teknik sulaman yang menjadi trend masa kini. Walaupun penghasilannya sedikit rumit dari segi masa, teknik dan material yang digunakan, ia tetap menjadi pilihan masa kini. Ini kerana kecantikan dan keindahan hasil rekaan sulaman manik crumble itu sendiri dapat memukau mata yang memandangnya. Justeru, tidak hairanlah bagaimana sulaman manik crumble ini mendapat sambutan walaupun terdapat lagi teknik-teknik manik yang terkini. Ini kerana ia cantik bukan sahaja pada pakaian tradisional tetapi juga cantik untuk digayakan pada pakaian moden masa kini. Sebab itulah ia menjadi pendorong utama mengapa sulaman manik crumble sangat digemari masa kini.

Bagiamana Memahami Teknik Sulaman Manik Crumble?

Bagi memahami teknik sulaman manik crumble ini sebenarnya tidaklah sesusah seperti mana anda perlu tekun dalam mempelajari kemahiran seni sulaman kerawang. Ini kerana setiap teknik sulaman manik crumble ini sebenarnya mempunyai tip dan teknik tertentu yang boleh memudahkan kerja anda. Paling penting anda tahu teknik asas yang membentuk sesuatu rekaan manik crumble.. Ia senang dan mudah jika kena cara dan guru yang mengajarnya. Akan tetapi apa yang pastinya, dalam menghasilkan sulaman manik crumble ini, anda perlulah mempunyai sedikit asas tentang jahitan manik.

Risiko Yang Diambil Jika Mempelajari Sulaman Manik Crumble Tanpa Mengetahui Asas Jahitan Manik Terlebih Dahulu

Jika anda mengambil risiko mempelajari terus sulaman manik crumble, pastinya tekanan dalam menghasilkan rekaan manik akan muncul. Oleh itu, terpulanglah kepada kehendak anda dalam mempelajari teknik sulaman manik crumble sekiranya anda masih tidak mempunyai asas jahitan manik tetapi mengambil risiko untuk menguasainya juga.

Adakah Menguasai Jahitan Asas Manik Penting Sebelum Mempelajari Teknik Sulaman Manik Crumble?

Adapun, jika anda tidak mempunyai asas jahitan manik, pastinya anda akan merasakan sedikit sukar kerana perkara asas seperti tidak pandai memilih jarum yang sesuai, material yang sesuai dan sebagainya akan menjadi halangan bagi anda. Hal ini kerana dalam sulaman manik crumble, biasanya ia dipelajari oleh mereka yang benar-benar minat dan mengetahui trend fesyen manik terkini. Jika tidak, memadai mereka hanya menggayakan dengan teknik manik asas sahaja.

Selamat mencuba.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic

Belajar Sulaman Manik Crumble Bersama Kami

Lekas Ketahui Teknik dan kaedah Yang Sesuai dalam Mempelajari Sulaman Manik Crumble Bersama Kami!

Submit a Comment