Rekaan Jahitan Manik Kristal Untuk Busana
June 13, 2011 | By syahida ramli | No Comments
Jahitan manik kristal menjadi pilihan ramai penggemar sulaman manik kerana ia lebih nampak eksklusif. Bukan sahaja kristal yang digunakan berkualiti dan memberikan sinar yang lebih pada fabrik busana pakaian, tetapi juga jahitan manik kristal ini digunakan keseluruhan rekaan pada pakaian. Dan ada juga yang hanya digunakan sebagai aksesori tambahan kepada sulaman manik sahaja.
Kekangan Harga Kristal Dalam Menghasilkan Jahitan Manik Kristal Pada Busana
Hal ini kerana, harga kristal adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan harga 10gm manik. Itulah yang menjadi kekangan kepada para penyulam manik sekiranya mereka menggunakan material kristal sebagai asas pada jahitan manik kristal. Ini disebabkan oleh pelanggan ada kalanya mengehadkan kos mereka kerana penyulam perlulah mengikut bajet kemampuan para pelanggannya.
Jikalau pelanggan mampu untuk membayar asalkan jahitan manik kristal yang dihasilkan adalah berkualiti, maka ia tidak menjadi masalah kepada penyulam. Ini kerana penyulam manik bebas menghasilkan rekaan yang cantik berdasarkan cita rasa pelanggan tersebut.
Perlu Pandai Mengolah Rekaan Jahitan Manik Kristal Berdasarkan Bajet Penempah
Akan tetapi, sekiranya ia berlaku sebaliknya, di sinilah situasi di mana ia menguji sama ada penyulam manik tersebut benar-benar berpengalaman ataupun tidak. Batuan kristal Arqualate menjadi pilihan penyulam ataupun pereka fesyen busana dalam jahitan manik kristal ini kerana menampakkan pelbagai warna dan bentuk kristal yang cantik. Ini memudahkan penyulam manik kerana hanya menghasilkan gabungan kristal Arqualate itu, ia dapat menjadikan hasil rekaan sulaman lebih menarik.
Rujukan Majalah Memberikan Idea Dalam Menghasilkan Rekaan Jahitan Manik Kristal Terkini
Bagi anda yang baru berjinak-jinak dalam seni sulaman manik, ia tidak menjadi masalah kerana rujukan seperti majalah-majalah fesyen dapat memperkenalkan kepada anda rekaan manik terkini. Cuma anda perlu mengetahui teknik-teknik yang digunakan untuk menghasilkan corak jahitan manik kristal sebegitu rupa
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Cara Menjahit Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami! Realisasikan impian anda untuk menguasai jahitan manik.


Submit a Comment