Image Image Image Image Image Image Image Image Image

bengkel sulaman

21 May

By

Gabungan Pelbagai Teknik Jahitan Manik

May 21, 2013 | By |

 Dalam membuat sesuatu bunga yang lebih kembang dan lebih besar, gabungan pelbagai teknik jahitan harus dilakukan.

Sebagai contoh, kudup bunga yang lebih timbul dibuat dengan menggunakan teknik sesungut atau teknik 3 serangkai. Kemudian, brulah dibuat kelopak demi kelopak dengan membuat teknik bunga dahlia yang kembang.

Read More

13 May

By

Jahitan Manik dan Pergerakan Tangan

May 13, 2013 | By |

  Dalam menjahit manik supaya lebih kemas, peranan kedua-dua belah tangan amat penting. In kerana satu tangan digunakan untuk menjahit dan satu tangan lagi digunakan pula untuk menyokong manik supaya ia kemas dan kukuh.

Dengan kedua-dua pergerakan tangan yang saling membantu ini, tidak perlulah benang menjahit manik digunakan sehingga 4 lembar atau lebih. Ia memadai dengan 2 lembar sahaja.

Read More

11 May

By

Gabungan Jahitan Manik Berantai & Sulaman Tangan

May 11, 2013 | By |

Gabungan Unik

Ketika Ramadhan tahun lepas, walaupun penggemar tudung bawal memilih corak tudung bawal Dato’ K, saya amat tertarik dengan sebilangan kecil corak bawal yang dikeluarkan dengan hasil sulaman tangan.

Walaupun ia agak mahal, tetapi keseniannya terserlah dek hasil kesabaran penjahit itu sendiri. Ini kerana, ia dibuat secara manual menggunakan jahitan tangan.

Read More

14 Apr

By

Pemilihan Benang Jahitan Manik

April 14, 2013 | By |

 Untuk menjahit manik, pemilihan benang nylon lebih sesuai digunakan daripada benang cotton biasa. Ini kerana benang nylon adalah tahan lasak dan licin. Oleh itu, jahitan manik yang dibuat akan lebih tegap dan licin.

Untuk mengenali benang nylon ini, ia tidak banyak berbeza dari benang cotton, tetapi ia lebih berkilat sedikit daripada benang cotton. Namun kilatnya tidak sama seperti benang sulam. Kerana benang nylon adalah benang biasa tetapi bukan dibuat daripada kapas dan murah.

Read More

07 Mar

By

Manik Bulat & Silinder.

March 7, 2013 | By |

Bagi membuat pertindihan manik seperti teknik mutiara berantai, manik bertindih, teknik beri dan sebagainya, manik kecil bulat lebih sesuai digunakan.

Sekiranya manik bersegi atau manik silinder yang digunakan, bulatan yang hendak dihasilkan tidak akan terjadi kerana manik silinder & manik bersegi membentuk lengkok di permukaan bulatan. Hasilnya bulatan mutiara, beri & mutiara berantai akan dilihat seperti kotak-kotak yang keras.

Read More

Reka Bentuk Sulaman Manik Berpandukan Material.

December 5, 2010 | By | No Comments

Penggunaan manik dan Kristal yang pelbagai  bentuk telah digunakan dalam mereka bentuk corak sulaman manik yang cantik. Bagaimanakah anda mengenali jenis manik dan material yang digunakan adalah berkualiti dan tidak berkualiti.

Read More