Cara Jahitan Manik Sempurna & Kemas
March 6, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Ketika menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya, saya melihat busana yang dipakainya adalah sarat dengan rekaan jahitan manik. Namun, setalah menghampirinya, saya dapati cara jahitan manik yang dihasilkan untuk busana tersebut sama sekali kurang sempurna. Apa yang mengecewakan saya adalah bukan sahaja cara jahitan manik yang tidak kemas, malahan penggunaan manik-manik tiruan atau tidak ori juga menyebabkan hasil rekaan manik busana pengantin tersebut sama sekali tidak menyerlah.
