Seni Sulaman Manik : Embroidery 101 || KIN DIY
May 23, 2013 | By syahida ramli |
May 18, 2013 | By syahida ramli |
April 25, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Jika anda merupakan seorang penjahit baju, maka sudah barang pasti tempahan menjahit manik merupakan satu kemestian dalam setiap tempahan pelanggan anda. Ini kerana bagi wanita yang berkerjaya mahupun tidak, rekaan busana yang bermanik menjadi pelengkap dalam fesyen pakaian mereka.
March 26, 2013 | By syahida ramli |
Dalam menyulam manik busana pengantin ia bergantung kepada penggunaan fabrik pengantin tersebut. Jika dahulu pakaian pengantin adalah polos, kini pakaian pengantin mewah dengan manik menjadi pilihan para mempelai. Read More
March 23, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Teknik jahitan sulaman manik yang dihasilkan tanpa adanya langkah-langkah yang betul, akan menyebabkan jahitannya menjadi longgar dan tidak kemas. Mungkin kekangan kewangan untuk menempah rekaan sulaman manik ini menjadi tarikan utama kepada anda untuk menghasilkannya sendiri. Ini kerana setiap rekaan sulaman manik ini boleh mencecah ratusan dan ribuan ringgit.
March 15, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Teknik Manik Bunga Camelia merupakan antara teknik yang boleh disulam dan dihasilkan dengan cantik. Apabila melakukan teknik ini, anda perlu merapatkan kepingan labuci antara satu sama lain. Agar kepingan labuci tadi dapat mengelilingi Bunga Camelia tersebut dengan cantik.
March 12, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Bentuk-bentuk manik yang berbeza memberikan impak yang berbeza ke atas sulaman manik yang dihasilkan. Ini kerana kepelbagaian bentuk manik, kristal dan batuan-batuan tersebut sendiri akan mempamerkan pencahayaan yang berbeza yang membuatkan rekaan sulaman manik tersebut menjadi unik jika dihasilkan. Kini, batuan arqualate telah menjadi bahan penting dalam setiap rekaan sulaman manik yang mewah disebabkan ia mempunyai permukaan yang bercahaya, manakala permukaan sebelahnya pula adalah sekata ataupun pipih. 2 lubang di bahagian sisi bertentangan menjadikan ia mudah untuk diperagakan. Read More
March 10, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Manik boleh digunakan sebagai hiasan sulaman manik pada pakaian, atau membuat beberapa item yang lain. Ini termasuklah objek, kecil dekoratif yang menusuk untuk jahitan atau merangkai, dan beberapa manik boleh dijahit bersama pada getah ke bentuk kalung. Ini adalah bentuk umum dari perhiasan untuk kaum perempuan, dan boleh dibuat dengan cara yang berbeza sesuai dengan keperibadian mereka. Dan jika anda berfikir bahawa manik hanya untuk membuat perhiasan maka anda berada dalam satu kejutan besar.
March 4, 2013 | By syahida ramli |
Tempahan sulaman manik dan harga yang setimpal merupakan satu isu yang selalunya ditanya oleh ramai para peserta bengkel sulaman manik saya secara online mahupun secara offline. Secara amnya, tiada ketentuan yang khusus dalam menentukan harga tempahan manik anda. Namun, walaupun tiada ketentuan yang khusus, harga tempahan sulaman manik anda perlulah mengikut dan berpandukan beberapa perkara asas.