Trend Manik Terkini
May 1, 2013 | By syahida ramli |
Dulu Lain, Sekarang Lain…
Jika dahulu, trend sulaman manik hanya dibuat pada hujung lengan baju sebesar 1 inci sahaja, lama-kelamaan trend itu berubah kepada susunan sulaman manik yang lebih tebal kepada 2 inci atau lebih. Malah, bagi mereka yang bertudung juga tidak perlu adanya penambahan aksesori di leher kerana sulaman manik pada leher kini telah menyerupai aksesori yang dipakai pada leher.

