Jahitan Manik dan Pergerakan Tangan
May 13, 2013 | By syahida ramli |
Dalam menjahit manik supaya lebih kemas, peranan kedua-dua belah tangan amat penting. In kerana satu tangan digunakan untuk menjahit dan satu tangan lagi digunakan pula untuk menyokong manik supaya ia kemas dan kukuh.
Dengan kedua-dua pergerakan tangan yang saling membantu ini, tidak perlulah benang menjahit manik digunakan sehingga 4 lembar atau lebih. Ia memadai dengan 2 lembar sahaja.
Untuk menjahit manik, pemilihan benang nylon lebih sesuai digunakan daripada benang cotton biasa. Ini kerana benang nylon adalah tahan lasak dan licin. Oleh itu, jahitan manik yang dibuat akan lebih tegap dan licin.
Dalam membuat sesuatu bunga yang lebih kembang dan lebih besar, gabungan pelbagai teknik jahitan harus dilakukan.