Taiwanese Glass Beads Untuk Kegunaan Sulaman Manik Anda
April 1, 2013 | By syahida ramli | No Comments
Dalam menghasilkan sulaman manik yang cantik, penggunaan manik yang berkualiti amat penting. Ada yang mengatakan manik Jepun adalah manik yang berkualiti berbanding dengan manik-manik keluaran negara lain.
Manik Berkualiti dan Tahan Lama Untuk Pakaian Sulaman Manik.
Hal ini kerana, manik yang berkualiti bukan sekadar tahan lebih lama tetapi mutunya yang berkilat menyebabkan sulaman manik yang terhasil akan lebih menyerlah.
Walaupun manik Jepun seperti Miyuki, Miyuko, Toho dan MGB dikatakan sangat berkualiti tetapi ia mempunyai sedikit perbezaan antara satu dengan yang lain. Sebagai contohnya, manik Toho mempunyai saiz yang lebih besar dan juga warnanya sedikit pudar. Maksud saya warna manik-manik Toho hampir kepada warna-warna jernih dan tidak menonjol. dalam menghasilkan sulaman manik, kadangkala sukar untuk para penyulam memadankan warna manik Toho ini dengan cita rasa pelanggan yang kebanyakannya mahukan baju manik mereka nampak lebih menyerlah. Lainlah jika anda hanya mahukan hasil sulaman manik di pakaian anda nampak berkilat sahaja serta tidak mengerlip dan menyerlah. Jadi, anda boleh menggunakan manik jenis Toho sebagai asasnya.
Taiwanese Glass Beads Saingan Manik Jepun Dalam Sulaman Manik.
Jika dahulu, manik Toho ini tidak mempunyai saingan dalam kuantitinya, namun sekarang ia mempunyai saingannya iaitu Taiwanese Glass Beads. Warna Taiwanese Glass Beads ini sama pudarnya dengan warna manik Toho serta kualitinya juga sama iaitu warnanya tahan seperti manik Toho.
Bezanya hanyalah ia tidak sebesar manik Toho sebaliknya saiznya sederhana menyerupai manik MGB. Itulah kelebihan Taiwanese Glass Beads yang dapat menyaingi kelebihan manik Toho dalam menghasilkan rekaan sulaman manik anda.
Harga Lebih Murah Untuk Nilai Sulaman Manik Anda.
Walau bagaimanapun, harga Taiwanese Glass Beads ini yang lebih murah berbanding dengan manik Toho. Itulah yang menjadi pesaing antara kedua-dua jenis manik ini kerana trend sulaman manik amat popular dan juga menjadi ikutan ramai dalam menghasilkan baju sulaman manik yang lebih kreatif.
Akhir kata, terpulanglah kepada anda dalam menghasilkan rekaan sulaman manik yang diingini anda mahupun pelanggan anda. Namun, anda perlu sentiasa memastikan kualiti material dan jahitan ditekankan agar anda mampu bersaing dan kekal dalam arus perniagaan sulaman manik ini.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Cara Menjahit Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami! Realisasikan impian anda untuk menguasai sulaman manik.


Submit a Comment