Tip Hasilkan Corak Sulaman Manik Berkualiti
April 13, 2011 | By syahida ramli | No Comments
Bagaimana menghasilkan sulaman manik yang berkualiti? Itulah persoalan yang sering bermain di dalam pemikiran para penyulam manik. Ini kerana sulaman manik yang dihasilkan tidak nampak terletak dan kemas sebaliknya ia boleh bergerak-erak seperti daun lalang ditiup angin.
Rekaan Sulaman Manik Akan Longgar Jika Tidak Kemas.
Bukan menggunakan teknik yang sengaja untuk digerak-gerakkan manik tersebut tetapi hasilnya tetap sama walaupun benang telah ditarik dengan kuat dan kemas. hal ini sebenarnya telah ditekankan dalam bengkel sulaman manikĀ saya yang diajar secara online kepada anda. Justeru, permasalahan di atas sebenarnya dapat diatasi dalam menguasai teknik sulaman manik yang betul dan sempurna.
Perlu Mengikut Arus Perkembangan Fesyen Sulaman Manik.
Selain itu juga, kepekaan anda sebagai seorang peminat sulaman manik dalam melihat perkembangan fesyen dan corak sulaman manik ini penting agar anda tidak dikatakan ketinggalan dalam arus semasa fesyen sulaman manik terkini.
Meninjau Perkembangan Sulaman Manik Terkini.
Platform yang disediakan oleh pihak tertentu seperti malam IFF melihatkan perkembangan fesyen sulaman manik terkini dengan cepat. Ini kerana dalam malam gala tersebut, pelbagai bentuk rekaan Muslimah yang anggun mengikut tema penganjur dipamerkan untuk tatapan para peminat fesyen tanah air. Di sini, sulaman manik menjadi tarikan untuk pereka fesyen dalam mencantikkan lagi busana rekaan mereka.
Pastikan Jahitan Manik Berkualiti.
Oleh itu, teknik yang betul dalam menyulam manik dengan arus perkembangan terkini perlulah menjadi rujukan anda. Namun, yang paling penting, anda perlu mengutamakan kualiti hasil kerja tangan anda berbanding kuantiti supaya rekaan manik anda mendapat tempat peminat sulaman tanah air.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Cara Jahitan Sulaman Manik Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!


Submit a Comment